Level of Teacher's Readiness towards the Implementation of Dual Language (Dual Language Program) in Mathematics Subjects in Schools - Inland Schools, Sarawak
Keywords:
Dual Language Programme (DLP), kesediaan guru, penggunaan bahasa Inggeris, Sains dan MatematikAbstract
Dalam dunia pendidikan pada masa kini, memerlukan guru bersedia dalam melengkapi ilmu pengetahuan mereka sama adalah konteks ilmu pengetahuan secara teoretikal dan praktikal. Salah satu yang perlu dikuasai oleh guru adalah penerapan Dual Language Programme (DLP) yang diimplementasikan dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik. Ini dilakukan bagi memberikan persediaan ilmu pengetahuan yang cukup kepada guru untuk mendepani cabaran pendidikan dalam era globalisasi. Justeru kajian ini, dilakukan untuk meneliti tahap kesediaan guru pedalaman Sarawak dalam penggunaan DLP dalam pengajaran matematik. kajian ini, adalah berbentuk kajian kes, yang dilakukan ke atas 80 orang responden guru Matematik sekolah menengah di pedalaman Sarawak. Pemilihan responden dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Analisis data dilakukan dengan bantuan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 23.0 untuk menganalisis hipotesis kajian yang telah dibina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru berada pada tahap yang baik iaitu nilai min 4.3389 dalam pelaksanaan dan nilai standard deviation 7.4039 manakala tahap penggunaan DLP nilai min adalah 4.2109 dan nilai standard deviation adalah 61835. Selain itu dapatan kajian turut mendapati kemudian terdapat hubungan signifikan yang positif antara tahap kesediaan guru dengan penggunaan DLP dalam matapelajaran matematik. Sehubungan dengan itu, dicadangkan pada masa akan datang perlu mewujudkan lebih banyak kajian dalam konteks DLP dalam mata pelajaran matematik demi mewujudkan lebih banyak korpus ilmu pengetahuan baharu.